RPH





OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pendidikan Seni Visual Tahun 2

Pada akhir tahun Dua, murid dapat:

1. Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti dipelajari.
2. Merasakan dan mengenal pasti pelbagai kesan benda, alat dan bahan denga meneroka dan mencuba secara spontan.
3. Menghargai benda yang dilihat, disentuh dan didengar serta menyatakan aspek yang disukai dna yang tidak disukai.
4. Menggunakan bahan asas dan bahan gantian dalam kegiatan menggambar, mencorak, membaut binaan, dan kraf.
5. Memilih, memadankan, menyusun dan memanipulasikan bahan secara kreatif.
6. Menggunakan beberapa teknik dan proses menghasilkan kerja Seni Visual melalui penerokaan terhadap bahan alam sekitar dan bahan kutipan.
7. Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan diri, mengamalkan kekemasan, dan kebersihan serta mengutamakan keselamatan.
8. Meningkatkan minat, daya kreativiti, dan imaginasi dalam kegiatan Seni Visual.


KANDUNGAN DAN PEMETAAN

1. MENGGAMBAR
2. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
3. MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
4. MENGENAL KRAF TARDISIONAL

CONTOH RPH:

Tajuk : Pembungkus Hadiah
Bidang: Membuat Corak Dan Rekaan
Aktiviti: Menghasilkan corak daripada gumpalan benang.
Langkah Kerja:
1. Menyapukan warna cerah pada latar belakang.
2. Sesudah kering, lakukan capan benang pelbagai warna diatas kertas lukisan.
3. Jemurkan supaya warna air itu kering.
Alatan: Benang bulu dan warna air

Contoh:

No comments:

Post a Comment