Saturday, 26 November 2011

BAND DALAM PSV TAHUN 2


BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
TAHU
Mengetahui dan mengetahui bahasa seni visual, media dan nilai baik. (mengetahui dan memahami unsur seni dan prinsip rekaan)
2
TAHU / FAHAM
Mengetahui dan mengetahui bahasa seni visual, media dan nilai baik. (mengetahui dan memahami unsur seni dan prinsip rekaan, dan media)
3
TAHU / FAHAM / BOLEH BUAT
Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual serta mempamerkan nilai-nilaibaik dalam menghasilkan karya.( unsur seni dan prinsip rekaan, dan media)
4
TAHU / FAHAM / BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Menghasilkan karya menggunakan media, teknik dan proses yang betul dengan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual disamping menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
5
TAHU / FAHAM / BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Menghasilkan karya yang menarik menggunakan pelbagai media, teknik dan proses penghasilan yang betul dengan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa visual dan mengamalkan nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
6
TAHU / FAHAM / BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Menghasilkan karya yang kreatif dan unik berpandukan bahasa seni visual dan proses yang betul dengan menggunakan pelbagai media dan teknik secara kreatif dan mempunyai elemen nilai tambah serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri, tokoh seni dan warisan seni Negara di samping memiliki nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

POSTER

1. Poster merupakan satu bentuk seni komunikasi perhubungan dan pengiklanan.

2. Poster berfungsi sebagai pengumuman, pemberitahuan dan pengiklanan.

3. Poster harus dapat menarik perhatian orang ramai  serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan

Contoh-contoh poster: