Saturday 17 December 2011

Hatiku Terpaut Pada Seni

Entah di mana mulanya hatiku ini jatuh cinta pada kesenian. Tak kiralah ianya seni tari, senilukis atau seni muzik. Dengan menyaksiakan kesenian ini hatiku rasa teruja dan tertarik. Keindahan pada gambaran dalam seni lukis membuatkan aku berusaha untuk mempertingkat diri ku untuk belajar tentang kesenian. Terutamanya seni melukis gambar wajah secara kartun....Ibarat macam nak jadi kartunis lah ni....

ni contoh yang aku dapati pada carian di google...

 


   


Adakah boleh aku lakukannya....? Insyaallah akan ku cuba untuk mempelajarinya...

Friday 16 December 2011

Bidang Mengenal Kraf tradisional

TEMBIKAR



Dalam bidang Mengenal Kraf Tradisional ini, banyak ilmu yang diketengahkan yang berkaitan dengan kraftangan yang terdapat di Malaysia. Ini untuk membantu murid-murid mengenali dengan lebih dekat tentang sejarah pembuatannya walaupun bukan mengikut saiz yang sebenar. Sekurang-kurangnya ia dapat membuka minda dan mata mereka tentang kraf Malaysia.

Friday 9 December 2011

KEPELBAGAIAN WARNA DI DUNIA

JENIS-JENIS WARNA


Warna terbahagi kepada 3 bahagian
a. warna Asas
b. warna Sekunder
c. warna Tertier


              

 

WARNA ASAS

1) MERAH
2) KUNING
3) BIRU



 
WARNA SEKUNDER - campuran daripada warna-warna asas

1) MERAH + KUNING = JINGGA
2) MERAH + BIRU = UNGU
3) BIRU + KUNING = HIJAU

         
WARNA TERTIER - Terdiri daripada campuran satu warna asas dan satu warna sekunder yang bersebelahan dalam roda warna.

Mewarna
* Bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan kerja-kerja mewarna antaranya ialah
1. pensil warna
2. warna air
3. krayon
4. magic colour
5. marker dan sebagainya

sebelum mewarna perlu
* Diteliti arah cahaya
* Kesan pencahayaan seperti bayang, pembalikan cahaya dan sebagainya.
* Campuran warna
* Bahan dan Media yang digunakan cth. cat air, cat, dakwat, pensil dll


JENIS WARNA




WARNA PANAS

1. Terdiri daripada kumpulan warna merah, jingga dan kuning, termasuk warna merah jingga, merah ungu, dan kuning jingga.
2. Menimbulkan suasana yang ceria, meriah, riang dan sebagainya
3. Warna-warna panas akan kelihatan lebih menonjol kehadapan
4. Sesuai untuk catan bertemakan perayaan, peperangan, kemeriahan, pesta dan sebagainya.
5. Contoh bahan-bahan sekitar yang di dalam kumpulan warna panas:


     
   


WARNA SEJUK

1. Merupakan kumpulan warna-warna biru, hijau, ungu, biru ungu, biru hijau dan merah ungu.
2. Menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar, sedih dan sunyi
3. Warna-warna ini menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang
4. Sesuai jika digunakan untuk menghasilkan kertas dinding, catan bertema alam semulajadi, kematian, kesegaran
5. Contoh objek alam yang mempunyai kumpulan warna-warna sejuk seperti:

 

   

Saturday 26 November 2011

BAND DALAM PSV TAHUN 2


BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
TAHU
Mengetahui dan mengetahui bahasa seni visual, media dan nilai baik. (mengetahui dan memahami unsur seni dan prinsip rekaan)
2
TAHU / FAHAM
Mengetahui dan mengetahui bahasa seni visual, media dan nilai baik. (mengetahui dan memahami unsur seni dan prinsip rekaan, dan media)
3
TAHU / FAHAM / BOLEH BUAT
Mengaplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual serta mempamerkan nilai-nilaibaik dalam menghasilkan karya.( unsur seni dan prinsip rekaan, dan media)
4
TAHU / FAHAM / BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Menghasilkan karya menggunakan media, teknik dan proses yang betul dengan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual disamping menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
5
TAHU / FAHAM / BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Menghasilkan karya yang menarik menggunakan pelbagai media, teknik dan proses penghasilan yang betul dengan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa visual dan mengamalkan nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
6
TAHU / FAHAM / BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Menghasilkan karya yang kreatif dan unik berpandukan bahasa seni visual dan proses yang betul dengan menggunakan pelbagai media dan teknik secara kreatif dan mempunyai elemen nilai tambah serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri, tokoh seni dan warisan seni Negara di samping memiliki nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

POSTER

1. Poster merupakan satu bentuk seni komunikasi perhubungan dan pengiklanan.

2. Poster berfungsi sebagai pengumuman, pemberitahuan dan pengiklanan.

3. Poster harus dapat menarik perhatian orang ramai  serta dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan

Contoh-contoh poster:

Monday 14 November 2011

AKTIVITI MURID DALAM DUNIA SENI VISUAL TAHUN 2 KSSR

BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
(STABAIL)


Kekreatifan jelas tergambar dalam aktiviti yang dijalankan....
Stabail adalah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak.Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak.
Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.
Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativitimurid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati.

Friday 23 September 2011

Tugasan yang pertama ku lakukan...

Ini adalah kali pertama aku membuat blog. Teruja pun ada sebab tak pernah ada blog sendiri. Kepada rakan-rakan marilah MENJENGAH blogku yang tak seberapa ini. Berilah komen untukku menambahbaik blog ini.
Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan yang banyak memberi sokongan dan bantuan. Jasamu dikenang selalu.....

Thursday 22 September 2011

SENI DALAM BAHASA.....(dialek pahang)

A
Aok - awak
Ampuh - sempat

B
bala - satu sumpah laknat
bala - dahsyat
bantai - buat sesuka hati
bedai - buat ikut sedap tangan.
Babir - degil
Berderau - gotong royong
Bahan - pukul, Contoh : bahan kuat sket..bior mampuih.
Berlengging - tak pakai baju, pakai suar jer
Berlemin - berminyak
Biroh - gatal
Buas - lasak
Buboh - letak
Boyaih - boroi
Berambi - berhati-hati,berwaspada
Borok - borak
Berte'eih - bertungkus-lumus,usaha gigih
Beraluih/beralus - perangai yang sopan santun,berbudi bahasa ,contoh ayat :
mak suka benor ngan si tipah tu..beralus budaknya
Bela - repair contoh ayat Bila aok nok bela TV tu?
Beringor - memberitahu
Bersalai - disebut bersalei- maksud : tak mandi pagi
Berahi - suka (lebih kpd barang ye bukan org...kekkeke...disebut
Bergodok - menghentak kaki ke batang lesung secara bersama/serentak serta
dengan kadar yang cepat masa mengempin
Bertonyeh - gaduh mulut

C
ce - awalan pada beberapa perbuatan..seperti
Cemuih - bosan
Cenekang - kuku cekam tu le
Cekut - cakup/beritahu
Celau - hari ribut..sebab melakukan sesuatu luar biasa/tabie..seperti laga
kucing
Chika - mual/muntah/perut memulas
Cokei - cukai
cokeng - tegak
Cakner -tak amek peduli, tak kisah.Contoh :sebab pagi tadi aku lupa gi keja
gosok baju.. lalu mak aku kata bebudak sekarang ni tok cakne langsung

D
Dan - sempat,cth : la napenye tak makan lagi?tak dan ker?
Doh - sudah , Contoh : awok doh makan ker?
Dema - (awak,biasanya utk ramai) cthnya: dema ni takde keja lain ke
Daur - sebaya,berkaitan dgn usia
Degut - [ isk nak beri makna benda lak ni ] Dedor - suam-suam kuku

Tuesday 20 September 2011

Mari bersama-sama kita mengasah bakat kita dalam pendidikan seni Visual. Pelbagai aktiviti seni boleh dijalankan disekolah. Aktifkan diri bersama KESENIAN.

SENI ITU INDAH

Setiap insan mempunyai bakat kesenian yang sudah tertulis olehNYA. Kita perlu mengasahnya supaya menjadi lebih berkilauan dan bersinar. Kilauan itulah yang akan dipertontonkan dan di pamerkan kepada masyarakat umum. Dan merekalah yang akan menilai setiap kesenian yang telah dihasilkan. Sekiranya ada kekurangan haruslah diperbaiki. Terimalah seadanya segala pendapat dan pandangan yang diberikan. Dengan itu barulah kita akan mengecap kejayaan yang cemerlang. Jadilah seseorang yang menghargai SENI kerana SENI ITU INDAH.