There was an error in this gadget

Saturday, 17 December 2011

Hatiku Terpaut Pada Seni

Entah di mana mulanya hatiku ini jatuh cinta pada kesenian. Tak kiralah ianya seni tari, senilukis atau seni muzik. Dengan menyaksiakan kesenian ini hatiku rasa teruja dan tertarik. Keindahan pada gambaran dalam seni lukis membuatkan aku berusaha untuk mempertingkat diri ku untuk belajar tentang kesenian. Terutamanya seni melukis gambar wajah secara kartun....Ibarat macam nak jadi kartunis lah ni....

ni contoh yang aku dapati pada carian di google...

 


   


Adakah boleh aku lakukannya....? Insyaallah akan ku cuba untuk mempelajarinya...

Friday, 16 December 2011

Bidang Mengenal Kraf tradisional

TEMBIKAR



Dalam bidang Mengenal Kraf Tradisional ini, banyak ilmu yang diketengahkan yang berkaitan dengan kraftangan yang terdapat di Malaysia. Ini untuk membantu murid-murid mengenali dengan lebih dekat tentang sejarah pembuatannya walaupun bukan mengikut saiz yang sebenar. Sekurang-kurangnya ia dapat membuka minda dan mata mereka tentang kraf Malaysia.

Friday, 9 December 2011

KEPELBAGAIAN WARNA DI DUNIA

JENIS-JENIS WARNA


Warna terbahagi kepada 3 bahagian
a. warna Asas
b. warna Sekunder
c. warna Tertier


              

 

WARNA ASAS

1) MERAH
2) KUNING
3) BIRU



 
WARNA SEKUNDER - campuran daripada warna-warna asas

1) MERAH + KUNING = JINGGA
2) MERAH + BIRU = UNGU
3) BIRU + KUNING = HIJAU

         
WARNA TERTIER - Terdiri daripada campuran satu warna asas dan satu warna sekunder yang bersebelahan dalam roda warna.

Mewarna
* Bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan kerja-kerja mewarna antaranya ialah
1. pensil warna
2. warna air
3. krayon
4. magic colour
5. marker dan sebagainya

sebelum mewarna perlu
* Diteliti arah cahaya
* Kesan pencahayaan seperti bayang, pembalikan cahaya dan sebagainya.
* Campuran warna
* Bahan dan Media yang digunakan cth. cat air, cat, dakwat, pensil dll


JENIS WARNA




WARNA PANAS

1. Terdiri daripada kumpulan warna merah, jingga dan kuning, termasuk warna merah jingga, merah ungu, dan kuning jingga.
2. Menimbulkan suasana yang ceria, meriah, riang dan sebagainya
3. Warna-warna panas akan kelihatan lebih menonjol kehadapan
4. Sesuai untuk catan bertemakan perayaan, peperangan, kemeriahan, pesta dan sebagainya.
5. Contoh bahan-bahan sekitar yang di dalam kumpulan warna panas:


     
   


WARNA SEJUK

1. Merupakan kumpulan warna-warna biru, hijau, ungu, biru ungu, biru hijau dan merah ungu.
2. Menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar, sedih dan sunyi
3. Warna-warna ini menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang
4. Sesuai jika digunakan untuk menghasilkan kertas dinding, catan bertema alam semulajadi, kematian, kesegaran
5. Contoh objek alam yang mempunyai kumpulan warna-warna sejuk seperti: